Thursday, January 22, 2009

PANDUAN MENJADI JURUACARA MAJLIS 1




Pengacara majlis merupakan ‘nadi’ sesebuah majlis. Tanpa pengacara majlis, pastinya sesebuah majlis tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Pengacara majlis merupakan orang yang akan memulakan sesebuah majlis. Hal ini bermaksud tanpa pengacara majlis sesebuah majlis tidak akan bermula. Pengacara majlis akan membuka atau memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat dan hadirin dengan penuh sopan dan protokol.
Pengacara majlis juga berperanan untuk memaklumkan kepada tetamu dan hadirin tujuan majlis tersebut diadakan. Seseorang pengacara majlis juga penting dalam sesebuah majlis adalah untuk memberitahu tetamu dan hadirin perkara atau acara yang bakal berlangsung dan panduan kepada tetamu untuk berucap agar ucapan tersebut tidak tersasar daripada tujuan majlis. Hal ini kerana adakalanya tetamu yang hadir tidak bersedia untuk menyampaikan ucapan. Di sinilah peranan pengacara majlis dengan memberikan panduan kepada tetamu
untuk berucap.
Pengacara majlis berperanan menutup sesebuah majlis. Hal ini bermaksud selagi pengacara majlis tidak membuat pengumuman bahawa majlis akan tamat, maka majlis tidak akan berakhir. Keadaan ini pasti menyukarkan tetamu dan hadirin untuk meninggalkan majlis kerana khuatir akan memalukan penganjur atau tuan rumah. Jadi, pengacara majlis seharusnya dapat mengakhiri majlis dengan kata-kata yang mampu meninggalkan kesan yang baik dalam hati tetamu dan hadirin.
Pengacara diibaratkan sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis atau rancangan. Tanpa pengacara, sesebuah majlis atau rancangan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis atau rancangan dan mengawal agar majlis atau rancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Oleh itu, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

2 comments:

CIVIC Power said...

Betul tu Paktomie

Tapi sering kali MCEE tidak diendahkan setelah majlis selesai.
Sebelum majlis, MCEE le bagai menatang minyak yang penuh. Dicari khidmatnya disana sini

kacaubilau said...

Yop...kalau macam teman niekan...teman kureng bab MC & DJ..macam mane yob? Sore Teman Spisis Sore Amy Search, Tapi dema nak MC Sore Jenis Beso & Bertenaga..teman soh nyanyi leh le bertenaga..MC tak jadi...sebab MC nie bercakap...heheh