Tuesday, March 30, 2010

Tun Abd Razak -dalam Kenangan


Tun Abd Razak bapa kepada Dato Seri Najib,merupakan Perdana Menteri Ke2 yang digelar sebagai Bapa Pembangunan.Teman teringat semasa majlis memperingati Tun Abd Razak di UPSI Tanjung Malim pada 28 mac 2010 yang lalu.

Allahyarham merupakan seorang tokoh negarawan yang tersohor,terkenal dengan sifat rendah diri,sederhana serta mendahulukan rakyat.

Rukun Negara telah ditubuhkan semasa zamannya dan peristiwa hitam 13 mei 1969 juga menjadi rintangannya.

Bila memandang ke muka laut,

nampak sampan mudik ke hulu,

bila terkenang mulut menyebut,

tokoh terbilang di inggat selalu.

Inilah pantun,pembuka bicara yang teman bacakan diawal majlis tersebut.


Tuesday, December 15, 2009

Penubuhan Kelab Murid Tua SMK Sultan Tajul Ariffin,Manong

Bekas-bekas pelajar ataupun murid tua Sekolah Menengah Sultan Tajul Ariffin,Manong akan menubuhkan kelab ataupun persatuan untuk mengumpulkan mana-mana bekas murid sekolah tersebut.
YB Dato Ramly b Zahari telah bersetuju untuk menjadi penaung kepada persatuan ini.Baru-baru ini jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dengan niat untuk mengerakkan persatuan ini.
Terima kasih juga kepada sdra Baijuri dari Batu 40,lempor yang bertindak sebagai setiausaha dan beriya-iya benar untuk penubuhan penaja ini.
Kepada mana-mana bekas murid adalah dialu-alukan untuk terbabit dalam alumni ini.

Tuesday, September 1, 2009

dah lama...x masuk..


Dah lama teman tidak memahatkan memory dan peristiwa sebagai lakaran sejarah untuk tatapan.Minat dah kurang..lagipun tak sempat..sibuk memanjang..

Bulan lepas menjadi sejarah yang cukup manis..bila mana 1dunia boleh menatap wajah teman yang tak seberapa hensem ini..teman terlibat sebagai juruacara majlis tilawah alquran peringkat kebangsaan.Dimana siaran ini disiarkan secara langsung oleh tv1.

Banyak cerita yang nak dikongsi bersama..tapi lain kali lerr..walau apapun..selamat berpuasa teman ucapkan pada yang berpuasa...

Tuesday, June 16, 2009

ASAS KOMUNIKASI DAN TEKNIK PENGUCAPAN AWAM SERTA JURUACARA







Pada 11hb jun yang lalu,saya telah dijemput untuk menyampaikan tajuk tersebut.Pada mulanya gabra juga takut-takut tidak kesampaian dengan hajat penganjur.Tapi alhamdulillah semua peserta memberikan maklum balas yang baik.Banyak soalan yang diajukan..mencabar dan tidak terfikir akan soalan2 sebegitu.
Pengalaman bagi penulis bersemuka dan berkongsi pandangan dengan 32org peserta dari pelbagai latar belakang dimana ada juga peserta dari UITM.Lebih lanjut mengenai berita penulis ada terdapat dalam blog..http://japenkkangsar.blogspot.com.

terima kasih kepada sahabat2 teman yang turut sama hadir serta merakamkan detik yang bersejarah ini.tk.

Monday, April 20, 2009

Juruacara Sebagai Nadi Sebarang Majlis


Untuk sebarang majlis,terutamanya majlis rasmi,adalah amat penting peranan seorang juruacara itu.Sekiranya juruacara tiada maka terbatallah majlis itu.Walaupun boleh diganti ataupun dipanggil"bidan terjun"namun auranya akan hilang.

Juruacara perlu membuat persiapan.Antaranya persiapan sebelum,semasa dan selepas majlis.

Kekuatan stamina ,kesihatan dan imej luaran dan dalaman juga perlu di titik beratkan.

Stamina untuk berdiri lama,kesihatan terutamanya memastikan suara dalam keadaan baik,tidak batuk,selsema,demam dan sebagainya.Imej luaran seperti pakaian amat penting sebagai melambangkan keperibadian yang terserlah dan keikhlasan hati untuk menjalankan tugas,amanah dan memastikan majlis berjalan lancar .Jangan mengharapkan sesuatu,cukup sekadar keikhlasan untuk membantu menjayakan kelencaran majlis.Insya Allah rezeki tidak kemana.
Pengalaman penulis di majlis Perlantikan Menteri Besar Perak dan EXCO Perak baru-baru ini,menunjukkan bahawa peranan juruacara adalah amat penting.Jika tersilap maka seluruh dunia akan inggat kesilapan kita.Kerana acara ini disiarkan secara langsung oleh bernama tv dan juga RTM.Juruacara tidak boleh melakukan kesilapan.Jangan tersilap sebut terutamanya nama-nama vip.Juruacara harus peka dan sentiasa sensitif.Kadang-kadang perubahan disaat akhir.Oleh itu juruacara perlu bersedia mengikut urusetia.Banyak perubahan dan pindaan dilakukan disaat-saat akhir.

Wednesday, January 28, 2009

PANDUAN MENJADI JURUACARA MAJLIS 2


Pengacara majlis, atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘Master of Ceremony’, atau lebih singkat dipanggil ‘emcee’ diibaratkan sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis.

Fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis dan mengawal agar majlis berjalan dengan lancar. Pengacara juga bertindak sebagai ‘image creator’ yang mewakili hos sesuatu majlis itu.

Pengacara harus bersifat versatil, iaitu dia mampu membentuk mood sesuatu majlis seperti yang dikehendaki oleh hos. Andaikata hos menginginkan majlis tersebut menjadi penuh formal dan beradab, seseorang pengacara harus bijak untuk mengemudi majlis dan mengawal hadirin yang datang supaya tidak tersasar dari imej majlis yang dinginkan oleh hos tersebut.

Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara yang baik, namun, hal ini bukan sesuatu yang mustahil. Jika anda tahu cara-cara dan taktiknya, anda mungkin akan mengatakan bahawa tugas ini sesuatu yang senang.

Thursday, January 22, 2009

PANDUAN MENJADI JURUACARA MAJLIS 1




Pengacara majlis merupakan ‘nadi’ sesebuah majlis. Tanpa pengacara majlis, pastinya sesebuah majlis tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Pengacara majlis merupakan orang yang akan memulakan sesebuah majlis. Hal ini bermaksud tanpa pengacara majlis sesebuah majlis tidak akan bermula. Pengacara majlis akan membuka atau memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat dan hadirin dengan penuh sopan dan protokol.
Pengacara majlis juga berperanan untuk memaklumkan kepada tetamu dan hadirin tujuan majlis tersebut diadakan. Seseorang pengacara majlis juga penting dalam sesebuah majlis adalah untuk memberitahu tetamu dan hadirin perkara atau acara yang bakal berlangsung dan panduan kepada tetamu untuk berucap agar ucapan tersebut tidak tersasar daripada tujuan majlis. Hal ini kerana adakalanya tetamu yang hadir tidak bersedia untuk menyampaikan ucapan. Di sinilah peranan pengacara majlis dengan memberikan panduan kepada tetamu
untuk berucap.
Pengacara majlis berperanan menutup sesebuah majlis. Hal ini bermaksud selagi pengacara majlis tidak membuat pengumuman bahawa majlis akan tamat, maka majlis tidak akan berakhir. Keadaan ini pasti menyukarkan tetamu dan hadirin untuk meninggalkan majlis kerana khuatir akan memalukan penganjur atau tuan rumah. Jadi, pengacara majlis seharusnya dapat mengakhiri majlis dengan kata-kata yang mampu meninggalkan kesan yang baik dalam hati tetamu dan hadirin.
Pengacara diibaratkan sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis atau rancangan. Tanpa pengacara, sesebuah majlis atau rancangan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis atau rancangan dan mengawal agar majlis atau rancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Oleh itu, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.