Dua hari aku bercuti hari raya,hari raya pertama aku beraya di rumah mak aku di guar dan petangnya aku ke Bekor,berhari raya bersama mentua aku.
Tahun ini merupakan hariraya pertama aku bersama dengan Syafiq Efendy anak aku yang ketiga dan juga aku beraya di rumah baru.Tetapi aku tidak sepenuhnya beraya di rumah baru kerana masa aku banyak dihabiskan dirumah mentua aku,yang tidak jauh dari rumah aku.
Isteri aku lebih gembira,ceria beraya bersama adik beradiknya,yang jarang balik kampung.Walaupun rumah aku rumah baru,namun tidaklah digunakan untuk sepenuhnya menyambut hari lebaran yang meriah ini.
Yang seronoknya...bila aku sampai ajer kat rumah..baru masuk rumah..datang rombongan bebudak kg..memberi salam..utk beraya..dah la aku tinggal dengan balqis..balqis ini mengamuk tak mahu duk rumah pahnyer..jadi aku bawa dia balik ke rumah...lepas tu terpaksa melayan bebudak datang beraya,habis juga duit aku rm10.
Adik beradik aku ramai yang tak balik pada hari memasak dan juga raya pertama.Masing-masing sibuk.Mujur isteri aku mahu balik ke rumah mak aku..pada hari memasak.Kadang-kadang aku marah gak kat isteri aku..tapi kadang-kadang aku simpati dan sayang juga kat dia.
Tapi entah bagaimana keluar juga fantasi aku bersama dengan bekas-bekas awet aku(heheheee).
Aku tak tahu bagaimana nasib bekas-bekas awet aku..tak banyak cuma dua orang sahaja.Tapi yang kedua itu lebih aku inggati.
Hari raya tahun ini juga merupakan tahun kesedihan bagi aku.Bapa saudara aku,Ayah Uda sepupu bapaku telah kembali ke rahmatullah pada hari memasak.al-fatihah.
Ayah Uda aku ini..lembut orangnya..dan memang baik dengan bapaku.
Thursday, October 2, 2008
semalam berhari raya
Posted by
MIE
at
8:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak ai..ramenye gepren...
biaser lerr
kiter umo 30 br kawin
Post a Comment