Tuesday, October 7, 2008

Enggang dan pipit



Semalam 7hb okt 2008,aku bertugas di Ipoh specialist hospital kerana perasmian bangunan baru oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.


Aku rasakan begitu kerdil berbanding dengan para tetamu yang berjawatan besar,mempunyai gelaran dan pangkat yang tinggi.



Walaupun begitu,aku bersyukur kehadrat allah swt,dengan kerja aku ini ,dapat aku berkawan,bermesra,bersilaturrahim dengan golongan atasan ini.Dapat juga aku merasai nikmat yang terlempias dan secubit pengalaman .
Aku amat menghormati kerja aku ini dan juga jawatan yang aku ada.Terima kasih kepada kerajaan.Dengan kerjaya aku inilah,(rezeki yang di qadokan utk aku)aku dapat meneruskan hidup ini.Aku dapat mendirikan rumahtangga serta menanggung 100% nafkah utk anak2 aku,mampu menghulurkan belanja untuk mak,serta makan minum seharian,malahan berbelanja bersama kekawan.

Sebelum aku berkhidmat dengan kerajaan,aku banyak menghabiskan usia dengan berlepak di tepi jalan,di bus stop kg,dan juga di depan kedak pak lias.Kerana situlah tempat berlonggaknya belia kg.Sampai sekarang ini kedai pak lias menjadi pilihan,tetapi tiada yang sebaya dengan aku lagi,semuanya generasi baru.Tiada lagi kekewan aku.Kadang2 aku rasa janggal,tak tahu nak sembang apa,tak masuk geng,jadi baik aku layan anak2 aku.

Sekarang ni bila kau dah kawin,aku banyak habiskan masa bersama dengan keluargaku.Masa aku kecil..mak aku la jadi tempat bermanja.Kini mak aku tinggal sorang,di rumahnya.Mungkin mak aku sunyi..tapi apa nak buat..walaubagaimana aku setiap saat aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mak aku,sihat serta mendapat lindunggan allah swt.

2 comments:

telinga lintah said...

Tahniah le jadi orang harapan. Tengah laku buat le yang terbaik. Namun begitu jgan pula kedekut ilmu untuk memberi tunjuk ajar kepada kengkawan yang baru tu.

JapenPk said...

Ingat tadi paktok mie..azmi bahari..rupe-rupenya mike..oh syabas!

wassalam
pp(pkpm)